Ramadhan Petama 1445 Hijriyah 11 Maret 2024 dan Doa Berbuka Puasa. FIQIH PUASA
Luangkan waktu sejenak Mengingat-ngingat kembali fiqh puasa, menjelang datangnya bulan suci Ramadhan, agar beramal dengan ilmu.
وكل من بغير علم يعمل ؛ أعماله مردودة لاتقبل
Barang siapa beramal tanpa ilmu, amalnya ditolak dan tidak diterima.
Kaji ulang Bab Puasa, besok/lusa dah puasa Ramadhan:
Syarat Wajib Puasa :-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sehat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
Syarat Sah Puasa :-
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan
Rukun-Rukun Puasa:-
1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara Yang Membatalkan Puasa :-
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka. Seperti (lubang 👃hidung, 👂?telinga ?👄 mulut dan lubang kemaluan)
3. Muntah Dengan Sengaja.
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari
Perkara Sunah Ketika Puasa :-
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/sesuatu yg manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berdzikir, Bershalawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Senantiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Dari percakapan Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh
Makruh Ketika Puasa :-
1. Suntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung yg terlihat Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Ujung Lidah
5 HAL YG MENGHILANGKAN PAHALA PUASA
1. Berdusta
2. Ghibah
3. Adu Domba
4. Sumpah palsu
5. Memandang seseorang dgn sahwat
6. mengeluarkan kata kata keji, dan cacian
Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara² Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga
Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada' Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1½ Liter Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) yang Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 3 Liter Tetapi Puasa Tetap 1 Hari (Tidak bertambah)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Mampu Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Mengqodo' (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mayat/Di Ambil DariHarta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusui Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1½ Liter Beras dari per Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana mengkhawatirkan Anaknya Tetapi jika Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia sendiri Hanya Wajib Mengqada' Puasanya
Kaffarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-
Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-
1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu/tdk ada)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Mampu)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa maka Tidak Wajib Membayar Kaffarat
Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Dari Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Dari Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Mencakup puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Dengan Puasa Hati Dari Semua Keinginan Zhahir Dan Batin
Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-
1. Orang Yang Hilang kemampuan utk berpuasa Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambah parah sakitnya
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang sangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusui Anaknya Yang Apabila Berpuasa Membahayakankan Diri/Anak Yang Di Susuinya
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
In Syaa' ALLAH.
🤲🤲🤲
والله اعلم...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar